WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menjunjung Hak, Memerangi Batil','/?p=1381','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ISMAIL IBRAHIM

Rakyat Malaysia dapat mempelajari banyak perkara daripada pengalaman rakyat di negara lain. Di Palestin umpamanya, rakyatnya yang lama dijajah dan mengalami pelbagai penderitaan dan penindasan dari segenap segi, tidak diendahkan oleh dunia antarabangsa kerana mereka dilabelkan sebagai pengganas yang mengancam keselamatan dunia.

Keadaan rakyat Iraq juga sama, dan demikian juga halnya dengan rakyat Afghanistan. Mereka semuanya dilabelkan sebagai pengganas, dan perlu diperangi habis-habisan. Presiden George W. Bush semasa pemerintahannya, pernah mengumumkan bahawa beribu-ribu orang askarnya yang menduduki Iraq pada ketika itu, bakal dipindahkan ke Afghanistan untuk memerangi ancaman “pengganas” yang kelihatan semakin berleluasa akhir-akhir ini. “Demi menyelamatkan anak cucu kita daripada pengganas dunia itu,” kata Bush.

Akibatnya, kedua-dua buah negara yang dilabelkan sebagai “pengganas” itu terus ditindas dan dijajah sehingga menyebabkan mereka mengalami pelbagai krisis yang menyeksa rakyat. Lebih parah, Presiden Amerika Syarikat sekarang, Barak Obama, tidak mampu mengubah keadaan.

Kadangkala tindakan peribumi sesebuah negara yang tertindas untuk memperjuangkan hak mereka sering dilihat sebagai tindakan ganas dan mengancam keselamatan orang lain. Tindakan rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka umpamanya, dianggap sebagai tindakan ganas yang tidak mengikut lunas demokrasi. Sebaliknya, tentera Israel yang bertindak ganas terhadap rakyat Palestin dilabelkan sebagai pejuang keamanan dan demokrasi.

Datuk Dr. Ismail Ibrahim bekas Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Beliau sekarang penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.