Oleh MUHAMAD IRFAN

Banjir besar menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang menyaksikan pekan Labis ditenggelami air setinggi paras pinggang pada 30 Januari lalu menjadi bahan bualan dan jenaka sinis.

Kali terakhir Labis dilanda banjir besar pada 2006 dan banjir kali ini jauh lebih buruk. Di sesetengah kawasan, paras air mencecah paras dada dan banyak penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Mereka yang berseloroh berkata bahawa banjir besar itu didatangkan untuk mencuci DUN Tenang kerana terlalu banyak fitnah ditabur dan keaiban orang dibuka sepanjang tempoh berkempen – tidak kira siang ataupun malam. Lebih mengaibkan apabila barisan pemimpin pembangkang daripada Pakatan Rakyat (PR) yang bukan Islam tanpa rasa bersalah membaca ayat suci al-Quran berserta dengan terjemahan, semata-mata atas nama politik berkepentingan.

Walaupun sekadar berseloroh, itulah hakikat yang diterima oleh penduduk DUN Tenang sepanjang kempen pilihan raya kecil di kawasan mereka berlangsung. Sama ada banjir besar atau panas terik, semua itu tidak mengubah apa-apa yang tersurat. Suka atau tidak, penduduk DUN Tenang menyaksikan perbuatan mencerca, mengaibkan, dan membuka pekung orang lain seolah-olah menjadi sebahagian proses kempen pilihan raya di negara ini.

Sepanjang tempoh seminggu berkempen, PR yang diwakili calon Parti Islam Se-Malaysia(PAS) masih mengekalkan tradisi berceramah setiap malam berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang memilih pendekatan berbeza. BN yang diwakili calon UMNO tidak lagi seperti PR yang berceramah sehingga tengah malam. Jika ada pun, cuma satu dua ceramah.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.