Oleh ABDUL KADIR MOHD. AYUB

Dari jauh, di salah sebuah kafe popular di ibu kota, kelihatan sekumpulan remaja begitu rancak bersembang, sambil menikmati aneka makanan yang terhidang di atas meja. Keadaan di kafe “lima bintang” itu begitu sesak dengan pengunjung yang majoritinya remaja berbangsa Melayu.

Persoalannya, adakah mereka tidak mempedulikan pengumuman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini bahawa kafe tersebut tidak tersenarai dalam premis makanan halal?

Menurut seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Azman, 18 tahun, budaya lepak di kafe itu sudah popular dalam kalangan remaja di Kuala Lumpur. “Melepak di sini sudah menjadi kemestian bagi kami pada hujung minggu. Kami semua tidak kisah dengan status halalnya asalkan makanan yang dipesan tidak mengandungi daging khinzir,” kata Azman dengan selamba kepada Dewan Masyarakat.

Bagi Amir, 20 tahun, dia dan rakan-rakannya menganggap bahawa suasana kafe tersebut menepati gaya hidup moden. “Mengapa baru sekarang hendak mempersoalkan hukum halal dan haram di kafe ini sedangkan sejak dahulu kami menjamu selera di sini?,” tanya Amir kepada penulis.

Rita, 19 tahun, pula menyatakan dia tidak menghiraukan soal halal atau tidak kafe itu yang sudah menjadi lokasi pertemuan “wajib” dia dan teman lelakinya pada hujung minggu. “Soal dosa dan pahala biar Tuhan yang tentukan. Lagipun banyak orang tua yang menjamu selera di sini,” jelas Rita dengan yakin. Kebanyakan pengunjung yang ditemu bual oleh penulis memberikan rasional masing-masing kewajaran mereka mengunjungi kafe tersebut.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.