WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Manusia Gagal Memimpin Manusia','/?p=1370','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HASSAN AHMAD

Perkembangan politik “kuasa rakyat” yang berlaku di Tunisia dan kemudian berjangkit sampai ke Mesir, seterusnya melimpah ke Jordan, memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak. Apabila manusia yang memerintah berdasarkan kuasa dan kepentingan diri, lambat-laun pemerintah itu akan musnah.

Mereka tidak “memimpin” manusia tetapi “memerintah” manusia. Memimpin manusia bermaksud mengajak manusia ke jalan kebenaran dan kemakmuran hidup, sedangkan memerintah manusia bermaksud mengarahkan manusia berdasarkan kuasa-sama ada kuasa itu diberikan kepada pemerintah oleh sistem yang formal ataupun kuasa yang dirampas daripada pemerintah terdahulu.

Kepemimpinan yang baik hanya dapat dilakukan oleh orang yang tahu memimpin dirinya dan keluarganya, sebelum dia “layak” dipilih untuk memimpin rakyat. Kita selalu berkata, selalunya secara retorik, bahawa pemimpin hendaklah orang yang jujur, adil, berilmu dan bertanggungjawab. Persoalannya, adakah semua sifat ini sudah wujud secara fitrah dalam diri manusia?

Banyak contoh yang menunjukkan bahawa apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi untuk membentuk kerajaan akhirnya menjadi pemimpin yang gila kuasa dan zalim kepada rakyat.

Menurut konsep asalnya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat (government of the people, by the people and for the people). Menurut sistem demokrasi, kerajaan bergantung pada kuasa majoriti pengundi rakyat. Akhirnya, di beberapa buah negara demokrasi baharu, sistem itu diselewengkan oleh parti yang memerintah sehingga lahir pemerintahan yang berdasarkan kediktatoran atau autokrasi kuasa majoriti.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.