Oleh KARIM RASLAN

Selama 30 tahun, Asia Pasifik mengalami gelombang pelancongan berikutan kebanyakan negara di Asia Pasifik melonggarkan peraturan keluar-masuk di pintu masuk utama negara masing-masing. Gelombang pelancongan paling dramatik berlaku di Jepun pada 1980-an, diikuti Korea Selatan pada 1990-an. Pada 2007, Beijing membuka pintu gerbang negaranya yang menyaksikan China dibanjiri pelancong.

Mutakhir ini terdapat satu lagi gelombang pelancongan besar di ufuk Asia Pasifik iaitu Indonesia. Dengan langkah pemerintah Indonesia menghapuskan Cukai Keluar atau dikenali sebagai fiskal terhadap setiap rakyatnya yang mahu ke luar negara, dijangkakan rakyat Indonesia menjadi antara pelancong Asia yang terbesar di dunia.

Sejak diperkenalkan pada 2004, fiskal memang menjadi salah satu hambatan utama bagi rakyat Indonesia khususnya golongan kelas menengah untuk melancong ke seluruh dunia. Dengan jumlah penduduk sebanyak 240 juta orang dan dengan pertumbuhan ekonomi yang sedang pesat,  permintaan rakyat Indonesia untuk melancong ke keluar negara begitu tinggi.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.