WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Serangan Siber Luar Jangkaan','/?p=1364','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh RAMLAN ABD. WAHAB

Hakikatnya, tindakan penyokong Julian Assange dan mereka yang bersimpati dengan WikiLeaks “menyerang” sistem komputer beberapa buah syarikat besar di Amerika Syarikat (AS) pada awal Disember 2010 lalu bukanlah permulaan kepada perang siber yang sebenar, tetapi lebih kepada menyedarkan semua pihak bahawa “perang siber” bukan sekadar omong-omong kosong.

Kini terbukti bahawa dengan hanya menggunakan sistem komputer mudah alih, laman sesawang yang dikawal oleh sistem keselamatan digital yang ketat boleh dicerobohi oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan dari mana-mana lokasi, tanpa sebarang amaran mahupun petunjuk.

Situasi itulah yang terjadi terhadap laman sesawang dan sistem operasi syarikat seperti Paypal, Amazon, Visa, dan MasterCard, walaupun ada pihak yang cuba menafikannya. Pihak pengurusan Amazon misalnya mendakwa bahawa kegagalan sistem komputer utama syarikat itu berfungsi hingga menyebabkan laman sesawangnya di Eropah lenyap selama 30 minit berpunca daripada gangguan teknikal dalam perkakasan komputer mereka semata-mata. Hakikatnya, tiada mana-mana pihak daripada syarikat itu yang mengetahui dengan tepat masa, bagaimana, dan daripada mana “serangan” itu dilakukan, apatah lagi mengetahui perihal tentang pihak yang melakukannya.

Hingga kini, identiti sebenar mereka yang terlibat dalam melaksanakan “serangan” tersebut masih gagal dikenal pasti walaupun sebuah geng penggodam yang menggunakan nama Anonymous mengaku bertanggungjawab. Kumpulan ini mengaku melaksanakannya untuk membuktikan sokongan mereka kepada keberanian Julian Assange mendedahkan kabel rahsia yang dimiliki atau diuruskan oleh Amerika Syarikat menggunakan WikiLeaks.org yang kemudiannya diubah kepada WikiLeaks.ch.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

2 Maklum Balas

  1. Jupilin Rangin Komen:

    Tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan laman sosial ini. Saya yakin dan percaya dengan adanya laman facebook ini para pelajar di negara ini akan bertambah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan am mereka.

    Dihantar pada 31 Mac, 2011, 9:25 am

  2. admin Komen:

    Terima Kasih Jupilin. Semoga kita dapat terus merakyatkan budaya membaca dalam kalangan generasi hari ini.

    Dihantar pada 31 Mac, 2011, 10:54 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.