Oleh AHMAD MAHFIZ HAJI NORDIN

Saban tahun di Malaysia berpuluh-puluh buah filem keluaran tempatan mahupun antarabangsa memasuki pawagam. Setiap syarikat pengeluar filem pula pastinya mahu menerbitkan filem yang mencatatkan kutipan tiket yang memberangsangkan.

Persoalannya, adakah setiap filem yang dihasilkan mampu memenuhi cita rasa penonton? Pastinya selera penonton tidak sama dan terpulang kepada kebijaksanaan syarikat pengeluar filem untuk menghasilkan filem yang mampu memenuhi cita rasa penonton yang berbeza-beza.

Secara asasnya terdapat dua kategori penonton, iaitu kelompok penonton yang menonton filem sebagai hiburan semata-mata dan kelompok penonton yang menganalisis secara kritikal setiap filem yang ditonton.

Tidak dinafikan bahawa kelompok yang menonton filem sekadar hiburan merupakan penonton paling banyak di negara ini. Manakala kelompok penonton yang menganalisis filem secara kritikal bilangannya sedikit. Lazimnya mereka dalam kelompok terdiri daripada mereka yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang perfileman, penggiat filem, atau mereka yang benar-benar menilai filem sebagai sebuah karya seni.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.