Oleh ZULKIFLI SALLEH

“A Bastion of Religion Sees Rise in Secularism,” demikian tajuk akhbar The New York Times dalam keluaran 12 Disember lalu sambil mempamerkan foto patung Jesus yang terdapat di Swiebodzin, pekan kecil bahagian barat Poland. Pembinaan patung Jesus yang merupakan salah satu tertinggi dan terbesar di dunia itu merupakan salah usaha komuniti di kawasan tersebut mengekang kebangkitan gelombang sekularisme di Poland.

Sesungguhnya, penentangan demi penentangan terhadap sekularisme sedang berlaku di seluruh dunia. Sepanjang dekad pertama abad ke-21 menyaksikan kebangkitan politik atau gerakan agama yang mengancam banyak negara sekular. Di Israel misalnya, impian golongan sekular Zionis dengan para penyokongnya, kini diancam dengan serius oleh gerakan peneroka agama yang terdiri daripada orang Yahudi Ortodoks versi teologi Zionisme.

Majalah Newsweek baru-baru ini mendedahkan transformasi secara besar-besaran sedang berlaku dalam tentera Israel. Transformasi itu menyaksikan orang Yahudi yang sangat berpegang kuat pada agama kini memenuhi jawatan penting dalam pasukan tentera Israel.

Sementara di India, keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad pada awal Oktober lalu dalam kes Masjid Babri, memberikan kemenangan kepada nasionalis Hindu dalam usaha mereka untuk menyusun semula identiti India dalam pengertian Hindu. Kapil Komireddi dalam guardian. co.uk menyatakan, “Lebih mendukacitakan ialah betapa mudahnya golongan sekular India menerima keputusan itu. India menjadi serupa dengan Pakistan.”

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.