Oleh DANIA DZULKIFLI

Pemimpin revolusioner, Che Guevera, gagal dalam usahanya mengimport revolusi ke Afrika,  tetapi kini, revolusi tersebut bergegar di Afrika Utara. Revolusi jarang-jarang berlaku di dunia Arab, tetapi akhirnya tercetus di Tunisia yang dikenali Revolusi Melati (Jasmine Revolution) sempena nama bunga kebangsaan negara itu.

Revolusi Melati berlaku secara spontan, tanpa arahan, tanpa pemimpin, dan tanpa organisasi. Revolusi itu juga dikatakan sebagai revolusi bukan Islam kerana para penunjuk perasaan datangnya daripada pelbagai lapisan dan golongan-daripada ibu miskin bersama-sama anak mereka kepada penghuni kelas atasan kota-lagu kebangsaan Tunisia dan meneriakkan slogan, “Berhambus Ben Ali!”

Rakyat Tunisia mahukan kehidupan dan rantai yang membelenggu mereka berdekad-dekad terlerai. Mereka menuntut demokrasi dan hak yang selama ini dicengkam oleh pihak berkuasa.

Faktor ekonomi dan sosial juga mempengaruhi pemberontakan rakyat. Tunisia mengalami kadar pengangguran yang tinggi terutamanya dalam kalangan belia dan golongan terpelajar, manakala taraf hidup rakyat semakin merosot.

Dalam keluaran Julai 2010, majalah The Economist muncul dengan makalah yang bertajuk, “Shifting Sands: Change is Coming to the West’s Arab Allies”. Makalah tersebut memberikan tumpuan kepada peralihan kuasa di Mesir dan Arab Saudi kerana keuzuran pemimpin di negara itu. Majalah itu juga melalui makalah, “A Special Report on Arab World: A Silent Social Revolution” dalam keluaran pada tahun sebelumnya, menjangkakan tercetusnya revolusi politik di dunia Arab, tetapi tidak membayangkan revolusi ini bermula di Tunisia.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.