WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Benarkah itu Hak Individu?','/?p=133','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas “tiket” hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.

Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan “teman wanitanya.”

Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Terbaru, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.

Namun, semua itu berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.

Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.

Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidikan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara hak individu dengan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.

Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di negara ini di bandar mahupun luar bandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun) menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kira-kira 85 peratus responden mengakui bahawa mereka melakukan seks bebas.

Jika ada mana-mana pihak yang “membebel” kepada mereka tentang salah laku yang mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, “anda berhak bercakap apa-apa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak peribadi saya.”

Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk melunturkan kepercayaan songsang mereka?

Mohd. Shukri Mohd. Ariff
shukri_m@dbp.gov.my

RENCANA BERKAITAN Terperangkap dalam Salah Laku Seks Bebas.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.