WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Martabat Bahasa dari Kaca Mata Senu','/?p=128','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZURAIDAH MOHD. SULAIMAN

Perpaduan Melayu yang dimaksudkan bukan merujuk orang Melayu yang sebanyak tiga juta orang di negara ini bersatu di bawah satu parti atau satu fahaman sahaja, sebaliknya biarlah perpaduan itu terdiri daripada pelbagai pertubuhan yang mempunyai fahaman yang berlainan, tetapi kesemuanya itu terikat dan bekerjasama dalam satu bahasa untuk kemuliaan dan perpaduan Melayu.” Demikian petikan daripada pita rakaman ucapan Tan Sri Senu Abdul Rahman (1982) yang diselenggarakan oleh Arkib Negara Malaysia.

Merujuk petikan ucapan Senu tersebut, jelas bahawa bahasa menjadi pasak pejuang nasionalis Melayu terdahulu untuk menonjolkan jati diri, identiti, dan perpaduan bangsa yang bercirikan Melayu. Nilai tersebut tersemat rapi dalam tekad perjuangan barisan tokoh bahasa ketika itu seperti Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Harun Aminurrashid, Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba), dan banyak lagi.

Perjuangan Senu yang sentiasa menjunjung tinggi bahasa Melayu sepanjang perjuangan politiknya seharusnya dijadikan contoh. Beliau merupakan ahli politik yang begitu percaya bahawa bahasa Melayu yang sekian lama dihina oleh penjajah perlu diangkat semula kedudukannya. Baginya, bahasa Melayu sepatutnya dimanfaatkan untuk menyatakan makna dan semangat perjuangan dalam membentuk persefahaman, kesepaduan, serta aspirasi perjuangan bangsa.

___

Penulis Pensyarah di Universiti Teknolog MARA, Kampus Alor Gajah, Melaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.