WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Turki di Pentas Dunia','/?p=126','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZULKIFLI SALLEH

Ketika bersantai di lobi Green Park Hotels & Resorts, Istanbul, pertengahan Mei lalu, penulis tertarik dengan berita di akhbar Hurriyet Daily News & Economic Review yang bertajuk, “Turkey May Help Greece Trim Budget Gap”. Tajuk ini seakan-akan memperlihatkan Turki ingin membantu Greece yang bergelut dengan krisis hutang sehingga berada di ambang muflis. Bak kata pepatah, “persahabatan teruji semasa kesusahan”.

Sebelum ini, ketakutan terhadap Turki mendorong Greece yang menjadi negara dalam Kesatuan Eropah (EU) berbelanja besar dari sudut ketenteraan, iaitu berjumlah AS$63 bilion (RM220 bilion) pada dekad lalu. Sejak 2003, tentera Greece menambah jet pejuang, kapal selam, dan kereta kebal – sebahagian besarnya bertujuan untuk menentang Turki.

Kedua-dua buah negara anggota NATO ini (Turki dan Greece) hampir-hampir terbabit dalam peperangan berhubung dengan hak wilayah Aegean pada 1996. Walaupun hubungan kedua-dua buah negara semakin baik, juruterbang mereka terbabit dalam pertempuran olok-olok di perairan masing-masing.

___

Penulis Mantan Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.