Tulisan kolumnis Karim Raslan melalui ruangan Ceritalah: Indonesia Mengajar menarik perhatian penulis. Selama ini, penulis hanya terdedah kepada program pendidikan yang diterajui para sukarelawan dari negara Barat, seperti Peace Corps dari Amerika Syarikat, atau pertubuhan kebajikan atau bersifat keagamaan dari negara atas angin lain dan kurang tahu tentang program berkonsep serupa di rantau Nusantara.

Penulis berpendapat program seumpama ini belum sampai masanya dipraktikkan di negara kita atau negara lain di sekitar Asia Tenggara. Hal ini dikatakan demikian kerana tatkala persoalan mengisi perut sendiri belum kita selesaikan, bagaimanakah pula kita hendak memikirkan hal ‘mengisi’ perkara lain?

Namun, ternyata Anies Basdewan mengetepikan tanggapan ini dalam mengasaskan program transformasi pendidikan “Indonesia Mengajar” yang mengetengahkan modul pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan pembinaan modal insan.

Apakah itu modal insan, atau yang lebih penting lagi, mengapakah modal insan dibentuk dan dijanakan dalam sesebuah masyakat dan komuniti?

Modal insan merupakan salah satu aset penting sesebuah negara. Modal insan merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana dibekalkan secara berterusan oleh populasi sumber manusia. Di rantau Asia Tenggara, bekalan sumber manusia tidak pernah berkurangan, melainkan kadar pertumbuhannya yang dewasa ini menurun di beberapa negara yang sedang pesat membangun.

Sumber manusia amat penting dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Maka wajarlah sumber manusia yang menjadi tunjang sesebuah negara itu mempunyai kualiti dan kebolehan yang dapat meningkatkan ‘harga’ modal insan itu sendiri.

Inisiatif Anies Bandewan ini sesuatu yang wajar diraikan dan disokong. Selain membentuk generasi muda menjadi modal insan yang mampu memanfaatkan negara, program “Indonesia Mengajar” juga mempunyai impak tersendiri kepada sebilangan individu yang telah sedia ada dalam pasaran sumber manusia Indonesia. Penulis tertarik dengan Junareh yang memilih untuk meningkatkan modal insannya dengan membantu orang lain tanpa taasub untuk mengenyangkan perut sendiri!

___

Surat Pembaca ialah ruangan khusus untuk pembaca memberikan pandangan tentang isu yang diperkatakan dalam Dewan Masyarakat bercetak dan dalam talian. Segera kirimkan pandangan anda kepada Editor Dewan Masyarakat dalam talian dengan menyertakan maklumat peribadi yang lengkap. Hantarkan kepada: syukri@dbp.gov.my

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.