Oleh NIK MUHAMMAD SHUKRAN OTHMA

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 17 November 2008 dengan geran permulaan berjumlah RM1 juta.

Yayasan ini berperanan menguruskan hal ehwal kebajikan atlet negara yang masih aktif, bersara, mahupun yang kurang upaya.

Yang berikut merupakan fungsi utama YAKEB;

• Menjadi pertubuhan yang menjaga kebajikan atlet negara.
• Pengumpulan dana.
• Pembangunan pendidikan dan kerjaya.
• Kemahiran keusahawanan.
• Bimbingan dan kaunseling.
• Kebajikan am.

Bagi memenuhi fungsi kedua, iaitu pengumpulan dana, YAKEB mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk mengisi tabungnya. Terbaharu, YAKEB melalui dana tabungnya menghulurkan bantuan sebanyak RM10 ribu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1970-an, Yahya Jusoh yang terpaksa berkerusi roda kerana menghidap penyakit saraf.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.