Oleh: HARYATI SHAFII

Malaysia kini memasuki abad terakhir untuk menjadi negara maju pada 2020. Apabila menoleh ke belakang, sejarah ekonomi negara mencatatkan pelbagai kejayaan sejak merdeka. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam mengukuhkan ekonomi Malaysia seperti krisis kewangan pada 1997, negara ini berjaya mengharunginya dan terus memacu ekonomi setanding dengan negara membangun lain di dunia.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia turut terganggu ekoran krisis subprima yang melanda Amerika Syarikat pada Julai 2007, ketidaktentuan harga minyak dunia, ketidakstabilan politik di Timur Tengah serta beebread buah negara Asia yang lain.

Pembangunan di Malaysia menyaksikan banyak prasarana kelas pertama berjaya diwujudkan. Kepesatan pembangunan telekomunikasi dan teknologi maklumat begitu menakjubkan. Kewujudan bandar pentadbiran berkelas dunia seperti Putrajaya menjadi kebanggaan Malaysia seantero dunia.

Namun kepesatan pertambahan populasi di Malaysia yang setakat ini mencecah 26 juta orang wajar diberikan perhatian. Mutakhir ini memperlihatkan pembangunan modal insan masih berada pada tahap yang sederhana. Buktinya, semasa Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak membentangkan bahagian pertama Model Ekonomi Baru pada 30 Mac lalu, beliau menyatakan bahawa 80 peratus tenaga kerja tempatan di negara ini hanya mempunyai tahap pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia.

___

Dr. Haryati Shafii pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan & Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.