WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kutukan Dunia: Keangkuhan Israel','/?p=114','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh AZLINARIAH ABDULLAH

Sorotan masyarakat antarabangsa pada akhir Mei hingga awal Jun lalu dihalakan penuh kepada isu Palestin-Israel. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu itu menenggelamkan resah rakyat Greece yang dilanda krisis kewangan teruk; juga sedikit mengetepikan isu politik Jepun yang menyaksikan Perdana Menterinya bertukar lagi.

Tindakan komando Israel menyerang kapal bantuan konvoi ke Gaza, Mavi Marmara, pada 31 Mei lalu memang menggemparkan. Episod pada subuh hari itu segera menghantar bukan sedikit kecaman, serta tidak kurang protes dari serata dunia yang mengutuk kezaliman Israel yang dianggap lanun antarabangsa itu.

12 orang rakyat Malaysia yang turut sama berada dalam konvoi kemanusian tersebut ditahan hampir dua hari sebelum dibebaskan. Israel telah menyerang Mavi Marmara dari udara dan laut. Atas alasan kapal tersebut menceroboh dan membawa senjata tajam, mereka diasak dengan serangan sehingga menyaksikan sembilan orang maut di tangan Israel.

Menurut Ahswadi Ismail, salah seorang rakyat Malaysia yang mengikuti bantuan konvoi tersebut, keangkuhan Israel adalah di luar batas kewarasan manusia namun sekurang-kurangnya serangan tersebut dapat menrungkai kemelut sebenar isu Palestin-Israel. Ashwad menegaskan bahawa masyarakat dunia seharusnya melihat permasalahan tersirat yang lebih besar di sebalik penahanan anak kapal Mavi Marmara dan bukan sekadar bersimpati terhadap nasib yang menimpa mereka mahupun menangisi penderitaan rakyat Palestin. Jelas Ashwad lagi, apa yang menimpa mereka adalah terlalu minimun sekiranya dibandingakan dengan penderitaan dan kezaliman berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Masyarakat dunia sewajarnya berterusan mengutuk Israel supaya isu Palestin mendapat pembelaan sewajarnya.

Kenyataan Ashwad itu terbukti benar apabila Israel menerima kutukan dan kecaman dari serata dunia yang melaungkan slogan anti-Israel. Namun, persoalannya, sejauh manakah protes masyarakat antarabangsa itu membawa perubahan dalam proses damai Palestin-Israel? Ini bukanlah kali pertama Israel menindas Palestin dan menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza. Malahan masyarakat dunia juga sudah acapkali melaungkan kemarahan terhadap Israel.

Penindasan Palestin menginjak tahun demi tahun sedang pada masa yang sama Israel semakin rakus menghirup darah warga Palestin. Palestin merupakan kisah benar penjajahan manusia yang menyaksikan orang yang dijajah diperlakukan sewenang-wenangnya. Ironinya, penjajahan Palestin oleh Israel “dihalalkan” kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat serta mendapat restu dari sesetengah masyarakat dunia.

Malaysia yang mempunyai hubungan akrab dengan Palestin sudah pasti tidak mahu melihat konflik ini berterusan. Selain daripada pertalian darah sesama Islam, Palestin mempunyai perkongsian sejarah panjang dengan umat Islam yang berkait rapat dengan isu Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa.

Maszlee Malik, seorang aktivis yang begitu obses terhadap isu Palestin-Israel menyatakan bahawa pendekatan yang boleh mengajar Israel atas kezaliman yang dilakukan terhadap Palestin adalah dengan cara menggerakkan jentera bagi menjatuhkan Israel.

Kenyataan beliau itu ada benarnya. Pembebasan Palestin dari penjajahan Israel banyak bergantung kepada dunia Arab yang dilihat kucar-kacir. Berikutan serangan Israel terhadap Mavi Marmara, hanya Turki yang mengambil pendekatan drastik dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menyeru negara Arab yang lain supaya menuruti langkah yang sama.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa sudah tiba masanya penderitaan selama 60 tahun rakyat Palestin ditamatkan. Dengan penuh yakin, Erdogan menyatakan bahawa cuma suara itu “tidak pernah bersatu” sehingga menyaksikan rejim Israel yang mendapat sokongan penuh dari Amerika Syarikat terus angkuh dan mengganas di bumi Palestin.

Hakikatnya, perbalahan Palestin-Israel ini boleh diselesaikan walaupun konflik ini telah lama berlanjutan. Cuma, yang menjadi penghalang terhadap usaha proses damai ini adalah berpunca dari helah dan taktik kotor Israel dan Amerika Syarikat yang dilihat sengaja menimbulkan permasalahan yang meruncing.

Selain daripada isu tanah dan agama, isu perjuangan rakyat Palestin turut dikaitkan dengan isu keganasan sedangkan asas perjuangan rakyat Palestin adalah untuk melepaskan diri dari cengkaman Israel. Masyarakat dunia pula hanya mampu bersimpati melihat Palestin menggunakan batu sebagai senjata bagi melawan bedilan peluru Israel.

Namun demikian, tiga siri perjuangan Intifada pada 1948, 1987 dan 2000 menyaksikan bahawa Palestin meraih kemenangan walaupun hanya bersenjatakan peluru dan batu. Ini membuktikan bahawa Israel boleh ditewaskan dan pilihanraya 2005 yang berpihak kepada Hamas menunjukkan sedikit sebanyak sokongan Israel boleh dipatahkan.

Rentetan dari serangan terbaru Israel ke atas kapal Mavi Marmara, protes masyarakat dunia sepatutnya membuka akal rejim tersebut. Kiranya tidak, negara dunia seharusnya bersepakat untuk memboikot barangan Israel sebagai jalan mengenakan sekatan ekonomi bagi menghalang Israel dari terus membedil Palestin dengan menggunakan senjata canggih.

Secara logik, sekiranya Israel dikenakan sekatan ekonomi untuk satu jangka masa panjang, secara perlahan-lahan Palestin mempunyai harapan yang cerah untuk membina sebuah negara yang bedaulat.

Meminjam kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Aziz AbuGhoush “Walaupun percuma, warga Palestin cukup takut untuk bermimpi damai dan aman di negara sendiri. Apa salahnya kita ‘bersatu’ demi memberikan mimpi itu kepada warga Palestin, walau berapa lama sekali pun kami rela menunggu.”

Menyorot kembali pandangan Ashwad, Maszlee dan Duta Palestin, sekiranya kes seumpama Mavi Marmara berulang kembali, masyarakat dunia seharusnya sedar tindakan yang perlu diambil bagi menghalang kezaliman berterusan Israel terhadap Palestin.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah diringkaskan daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca kandungan lengkap, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Episod Ulangan, Israel Tidak Gentar dengan Tekanan Dunia.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.