WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tumpulnya Taring Si Belang','/?p=1133','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Spesies harimau semakin dimamah usia dan tidak mustahil menerima nasib yang sama seperti spesies haiwan yang kian pupus.

Gigi dan kukunya dijadikan tangkal, dagingnya dijadikan hidangan mewah, tulang dijadikan ubat-ubatan, misai dan matanya dijadikan azimat “pendinding diri”, alat kemaluannya dijadikan “ubat perangsang seks” lelaki, dan kulitnya pula menghiasi permaidani serta aksesori mewah – itulah “derita” yang dilalui “Si Belang” apabila manusia semakin tamak dan rakus demi mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibat mendatang.

Diburu dan dibunuh dengan kejam sudah menjadi norma kehidupan bagi “raja rimba” ini. Walaupun berkali-kali bantahan dan tunjuk perasaan, hatta penggubalan undang-undang kepada pemburu haram yang menangkap spesies terancam ini dikeluarkan, noktah kepada angkara ini masih belum ditemui. Selagi ada permintaan, selagi itu pemburu haram dan “Si Belang” tidak akan tenteram di habitat semula jadinya!

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.