Oleh ISMAIL IBRAHIM

Mutakhir ini sukar untuk melihat rasa cinta, kasih, serta kemesraan persaudaraan antara umat manusia sejagat seperti yang pernah wujud pada masa silam. Punca utama krisis ini berkemungkinan disebabkan permainan politik perkauman oleh kumpulan tertentu. Hal ini mungkin sengaja dilakukan untuk memecahbelahkan masyarakat dan menanam rasa benci antara satu sama lain.

Dalam meniti arus globalisasi terutamanya dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), manusia haruslah memahami dan menghayati tradisi, adat istiadat, budaya, perasaan, nilai, pemikiran, serta maruah antara satu sama lain. Hal ini ditekankan oleh Islam dalam al-Quran melalui surah al-Hujurat ayat 49 yang antara lain menekankan tentang kejadian manusia yang berbeza-beza untuk tujuan saling mengenali, bermesra, dan menjalani kehidupan yang harmoni.

Manusia yang mempunyai agama akan mempertahankan keikhlasan, kejujuran, toleransi, kedamaian, keadilan, serta ajaran terbaik agama masing-masing. Mereka benci kepada pertikaian, permusuhan, peperangan, pembunuhan, penjajahan, dan kekejaman lain, termasuk usaha untuk menjatuhkan orang lain ke dalam perangkap yang berbahaya.

Bumi yang dijadikan Tuhan adalah untuk semua penghuninya menikmati kehidupan yang harmoni, berkongsi, dan menikmati segala kemudahannya. Tidak adil untuk menafikan hak komuniti tertentu. Oleh sebab itu, usaha untuk mencari titik pertemuan antara manusia, walau sekecil mana sekali pun, haruslah dibuat secara berterusan.

___

Datuk Dr. Ismail Ibrahim bekas Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Beliau sekarang penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.