WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.80.82.9' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.80.82.9','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Makan Ikan Longkang','/?p=1126','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD HAFFY ZIKRI

Bagi penggemar ikan sungai atau ikan air tawar, soal harga bukanlah satu masalah. Umpamanya, spesies ikan Patin Muncung dan Jelawat di Sungai Pahang, harga sepotong ikan tersebut yang sudah dimasak mencecah puluhan ringgit. Begitu juga dengan “Raja Sungai”, iaitu ikan Kelah Merah yang menjadi buruan utama pemancing dan penggemar ikan sungai, harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.

Mahal bukan sahaja disebabkan keenakan rasanya, tetapi juga kerana kesukaran untuk mendapatkannya yang hidup liar di habitat asal. Berbeza daripada spesies ikan yang mudah diperoleh di sungai biasa atau kolam seperti tilapia, keli, sepat, puyu dan lain-lainnya. Bukan setakat mudah diperoleh, tetapi spesies ikan ini juga tahan lasak dan boleh hidup dalam persekitaran air yang kotor dan tercemar.

Di beberapa batang sungai di sekitar Lembah Klang seperti Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Kerayong, dan lain-lainnya, spesies ikan yang dikategorikan sebagai tahan lasak ini cukup mudah didapati. Pada hujung minggu, singgahlah di Sungai Gombak atau Sungai Klang, berderet-deret kaki pancing “menambat” joran, tidak kurang juga yang menjala sambil menguis-nguis timbunan sampah yang menyekat aliran sungai.

Masalahnya, keadaan sungai yang berlumpur serta sampah yang hanyut jelas menunjukkan sungai sekitar Kuala Lumpur ini tercemar dan kotor. Ditambah lagi aroma bau yang singgah ke hidung sudah cukup menunjukkan bahawa sungai tersebut mirip kepada longkang besar yang menjadi tempat membuang segala kekotoran.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.