WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.158.30.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.158.30.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menggalas Amanah Ilmu','/?p=1123','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MOHD. IZANI MOHD. ZAIN

Menurut rekod Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sehingga 30 November 2010, negara mempunyai sebanyak 28 571 orang tenaga akademik di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jumlah itu ternyata besar. Berbanding pada era awal kemerdekaan, negara ini terpaksa mengimport tenaga akademik dari luar negara khususnya Indonesia untuk mengajar di IPTA kerana kekurangan tenaga pengajar tempatan.

Kini, masalah itu tidak lagi timbul. Namun, jumlah ahli akademik yang negara miliki sekarang tidak akan membawa sebarang makna jika mereka tidak berupaya menjadi tenaga akademik yang hebat dan berkualiti tinggi yang akhirnya mampu melahirkan modal insan yang bernilai untuk negara.

Sebagai ahli akademik muda yang baru sahaja memulakan karier dalam dunia akademik, tidak dinafikan sememangnya banyak perkara dan pertimbangan yang perlu diambil kira oleh mereka untuk menjadi ahli akademik yang benar-benar berwibawa.

Rata-rata tenaga akademik muda kini mempunyai kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dan hal ini seharusnya menjadi kelebihan kepada mereka menjadi seorang ahli akademik yang berkualiti tinggi dan bersedia mengharungi dunia akademik dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Sehingga kini, dilaporkan, sebanyak 8031 orang tenaga akademik di IPTA berkelulusan PhD atau mewakili 28.1 peratus, manakala 15 986 orang (56 peratus) berkelulusan Sarjana dan 4427 orang (14.9 peratus) berkelulusan Sarjana Muda.

___

Mohd. Izani Mohd Zain, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.