Oleh RAMLAN ABD. WAHAB

Dalam bidang ekologi, “ekosistem” merujuk hubungan dan interaksi setiap entiti (sama ada yang bernyawa atau tidak) dalam sesebuah habitat untuk membina keseimbangan dinamik demi kelangsungan habitat serta entiti yang membinanya. Hubungan itu wujud dalam pelbagai edaran seperti edaran karbon, kitaran nitrogen, siratan makanan dan sebagainya.

Oleh sebab itu semakin banyak jenis entiti dalam sesuatu habitat, maka semakin kompleks ekosistemnya. Pada masa yang sama apabila setiap entiti yang membinanya kekal berinteraksi antara satu sama lain, maka ekosistem itu “sejahtera” untuk meneruskan kelangsungannya.

Ekoran itu, jika “inovasi” dianalogikan sebagai habitat, maka kelangsungannya sebagai pemacu ekonomi berpendapatan tinggi bergantung pada “kesejahteraan” ekosistemnya. Kesejahteraan ini terbentuk daripada hubungan entiti yang berkaitan dengan inovasi itu.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam bukunya, Model Baru Ekonomi untuk Malaysia Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik (2010), memaparkan sekurang-kurangnya 21 entiti yang membina ekosistem inovasi Malaysia.

Kesemua entiti itu berkait antara satu sama lain, mengelilingi tiga nukleus yang dilabelkan sebagai evolusi, persambungan dan kolaborasi. Setiap entiti itu bukanlah sesuatu yang malar, tetapi dinamik-berevolusi mengikut perubahan aspirasi dan harapan rakyat, peningkatan teknologi serta hala tuju pembangunan negara, pertukaran keutamaan, di samping perubahan iklim ekonomi domestik mahupun antarabangsa.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.