Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Menakjubkan! Itu perkataan yang diluahkan oleh majoriti peminat apabila skuad bola sepak kebangsaan “menawan” Asia Tenggara buat julung kalinya.

Setelah 16 tahun “menunggu”, akhirnya pada 29 Disember lalu impian peminat mendengar ngauman “Harimau Malaya” kembali bergema di rantau Asia Tenggara terlaksana. Skuad kebangsaan bimbingan bekas pemain kebangsaan era 1980-an, K. Rajagobal itu Berjaya menjulang Piala AFF Suzuki di hadapan 90 ribu orang peminat fanatik Indonesia.

Paling membanggakan, skuad bola sepak kebangsaan merupakan satu-satunya skuad dalam kejohanan tersebut yang membariskan majoriti pemain berumur bawah 23 tahun dan tenaga jurulatih tempatan.

Berikutan kejayaan itu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengumumkan insentif kerajaan berupa RM50 ribu unit Amanah Saham Wawasan 2020 dan wang tunai RM15 ribu untuk 25 orang pemain skuad kebangsaan dan barisan jurulatih.

“Diharapkan dengan insentif yang diberikan ini menjadi perangsang kepada semua pemain agar terus berusaha gigih meraih kejayaan yang lebih besar seperti Sukan Asia,” kata Najib kepada skuad kebangsaan semasa satu majlis ringkas untuk menyerahkan intensif kerajaan tersebut di Sri Perdana, Putrajaya, baru-baru ini.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.