WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Dibunuh Kejam kerana Ilmu Hitam, Wang dan Politik','/?p=1114','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh SYAHMI SYAHIRAN

“Politik, wang, ilmu hitam dan pembunuhan kejam”. Ungkapan ringkas ini mungkin sedikit sebanyak dapat menghuraikan betapa sensasinya kisah seorang pemimpin politik yang bercita-cita tinggi mahu mendapatkan bantuan “kuasa ghaib” untuk meningkatkan kerjaya politik, namun akhirnya dia dibunuh kejam oleh sepasang bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.

Banyak orang yang sudah terlupa kes yang membabitkan bekas ahli politik, Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Raub, Pahang, dibunuh dengan kejam oleh pasangan bomoh, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman pada Julai 1993.

Usaha Mazlan dalam merealisasikan impian politiknya berakhir dengan kematian ngeri apabila anggota tubuhnya dikerat 18 bahagian oleh pasangan bomoh terbabit bersama pembantu mereka, Juraimi Husin di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona Fandey yang juga seorang wanita dengan pelbagai identiti – seorang bomoh, kerabat diraja, artis, ahli perniagaan, dan ketua parti politik dengan bantuan suaminya, Affandi, membunuh Mazlan semata-mata untuk mendapatkan wang, harta dan kereta milik mangsa.

Episod pembunuhan kejam tersebut bermula pada awal 1993 apabila Mazlan diperkenalkan oleh seorang kenalannya kepada Mona Fandey dan Affandi. Mazlan yang ketika itu bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang, dikatakan meminta bantuan pasangan bomoh berkenaan untuk menjadi Menteri Besar Pahang dan Ketua Umno Bahagian Raub.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

1 Maklum Balas

  1. syakinah Komen:

    salam internet. sajer nak kongsi pengalaman dalam kisah mistik ilmu hitam ni sebab keluarga saya pernah kena, hampir serupa seperti kes awie dan abby… bila jumpa doktor katanya sihat / takde penyakit apa2, jadi kita carilah perubatan altenatif dan menemui ustaz adi wijaya beralamat di kg seri belahan tampok, rengit, batu pahat, johor. alhamdulillah, ahli keluarga saya tu pulih seperti sediakala. ustaz ni merawat dengan ayat al-quran dan peralatan bersih, tak pakai kemenyan atau benda kotor dan tak pernah minta upah sebab katanya Allah yg menyembuhkan,dia usaha ikhtiar sahaja. Tetapi dah di tolong tu tak kan nak ‘terima kasih’ sahaja. patut2lah ya tak…

    Dihantar pada 27 Januari, 2012, 6:14 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.