Oleh NORSUHANA ABDUL HAMID

Alam persekolahan kini bermula. Setiap ibu bapa pasti bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing – uniform sekolah baharu, alat tulis yang lengkap, buku dan sebagainya.

Semasa sibuk membuat persediaan fizikal anak masing-masing, kadangkala ibu bapa terlupa dua lagi aspek yang juga penting kepada anak mereka, iaitu kecerdasan minda dan tubuh badan yang sihat. Dua aspek ini menjamin proses pembelajaran dapat diterima dengan mudah dan berjalan lancar. Minda yang cerdas dan tubuh yang sihat sangat bergantung pada pemakanan baik.

Oleh sebab itu ibu bapa seharusnya memantau pemakanan anak mereka. Bagi menjamin kesihatan dan tumbesaran yang baik, kanak-kanak memerlukan tiga kumpulan nutrien utama yang terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak.

Ketiga-tiga nutrien ini amat penting terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ketiga-tiga nutrien ini juga berada pada aras yang berbeza dalam piramid makanan.

Piramid makanan diklasifikasikan kepada empat aras mengikut jenis makanan. Kumpulan makanan yang berada dalam aras satu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Manakala pengambilan kumpulan makanan yang berada dalam aras seterusnya harus dikurangkan. Setiap aras dalam piramid makanan terdiri daripada pelbagai jenis sumber makanan.

___

Dr. Norsuhana Abdul Hamid, Pensyarah kanan, Bahagian Biologi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.