Oleh NOORDIN ZAKARIA

Populasi orang asli hanya sekitar 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Walaupun jumlahnya sedikit, kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Fakta menunjukkan bahawa sebahagian besar orang asli masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan. Menurut laporan JHEOA pada 2008, jumlah orang asli yang tergolong dalam kategori “miskin tegar” ialah sebanyak 13 945 isi rumah. Angka ini mewakili kira-kira 19 peratus daripada jumlah keseluruhan golongan miskin tegar di Malaysia.

Lantaran itu, timbul cadangan supaya orang asli digalakkan menceburi bidang keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada instrumen perubahan dan pembaikan ekonomi bagi mana-mana individu dan komuniti.

Menurut Data Maklumat Asas JHEOA pada 2004, hanya 371 orang asli yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Antara bidang perniagaan yang diceburinya ialah peruncitan (148 orang), kontraktor (27 orang) dan pengangkutan (22 orang).

Menurut Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ali Zakri Abdul Karim dan Norasmah Othman, pembabitan orang asli yang rendah dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya populasi orang asli yang terlalu kecil; kemunduran dan kemiskinan; ketiadaan peluang kerjaya; tahap akademik yang rendah; serta sikap dan mentaliti masyarakat orang asli itu sendiri.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.