oleh AWANG AZMAN AWANG PAWI

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), tetapi turut disegani parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di Sarawak.

Keupayaannya menangkis hujah pembangkang di DUN Sarawak yang sering diprovokasi oleh wakil Democratic Action Party (DAP) membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang ahli politik. Malah, sehingga pada satu tahap, para pendukung khususnya dalam PBB meminta beliau terus memimpin parti tersebut sampai bila-bila.

Baru-baru ini selepas balik dari cuti tahun baharu, Ketua Menteri Sarawak itu semakin ligat turun padang untuk berjumpa dengan rakyat. Malah, beliau semakin kerap menasihati semua pemimpin BN Sarawak untuk berbincang dengan akar umbi bagi memahami masalah dan aspirasi rakyat.

Pada penghujung tahun lalu, Taib menjenguk keluarga mangsa bot ekspres karam di Bintulu. Dalam beberapa acara bersama dengan masyarakat Cina, beliau menyeru agar masyarakat Cina memberikan sokongan padu kepada BN agar komuniti tersebut terus mempunyai wakil dalam Kabinet Negeri Sarawak.

Setakat ini, BN Sarawak tidak mempunyai apa-apa masalah dalaman yang serius kecuali kes Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang tewas dan cuma memperoleh 11 daripada 19 kerusi DUN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak lalu. Dijangka SUPP terus diasak DAP yang terdiri daripada pengundi Cina yang tinggal di bandar.

___

Dr. Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah Kanan Pengajian Melayu Universiti Malaysia Sarawak.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.