Oleh KARIM RASLAN

Perjalanan penulis untuk penulisan buku Ceritalah Indonesia berterusan. Penulis menghampiri bandar yang kelima di Indonesia iaitu Makassar.

Perjalanan kali ini memberikan kesan kepada penulis. Biarpun menginap di bilik yang berhadapan dengan laut, penulis tidak bertenaga untuk duduk bersantai di balkoni bilik bagi menikmati pemandangan. Sebaliknya, penulis terus terbaring di katil dan menatap kosong ke siling bilik dengan bunyi bising di luar – bunyi enjin bot kecil serta bunyi feri belayar melewati hotel.

Pandangan penulis tentang Makassar bercampur-aduk. Penulis tidak dapat menerima keadaan hujan yang bermula sejak penulis menjejakkan kaki di sini kira-kira lima jam yang lalu. Hujan turun dengan lebatnya, membasahi segalanya dan air melimpah di mana-mana.

Dengan penuh berat hati, penulis meredah hujan pada petang itu menuju ke pejabat Datuk Bandar Makassar, Pak Ilham Sirajuddin untuk membuat kunjungan hormat. Seperti kebanyakan pegawai yang dilantik dari akar umbi, pejabat beliau dipenuhi pelawat.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.