WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Dunia Permajalahan Sentiasa Segar?','/?p=1098','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZULKIFLI SALLEH

Membaca keluaran akhir tahun beberapa majalah berita antarabangsa, seperti majalah Time dengan tajuknya, “Person of the Year” (kulit hadapan terpampang gambar pengasas Facebook Mark Zuckerberg), dan sebelum itu Time mengetengahkan tajuk, “Special Time frames Issue: What Really Happened 2000 – 2010”, manakala pada masa yang sama majalah Newsweek dengan tajuknya, “Special Edition Issues 2011: The Key to Power”, sesungguhnya mengundang persoalan, bagaimanakah jika masyarakat hidup tanpa majalah?

Sesuatu yang dapat dipelajari daripada keluaran Time dan Newsweek tersebut ialah majalah mengajak masyarakat merenung masa lalu, melihat masa kini, dan meninjau masa hadapan. Majalah terus memainkan salah satu peranan utamanya, iaitu merangsang minda pembaca.

Dari segi ekonomi, dekad pertama ini dikatakan bermula dengan kelembapan dan berakhir dengan keruntuhan. Ledakan ekonomi kelihatan tidak mapan. Bank-bank terpaksa merendah diri. Analisis dan ramalan ahli ekonomi mempunyai banyak kelemahan. Kuasa geopolitik beranjak dari Barat ke Timur. Bagi sesetengah orang, 10 tahun yang berlalu (2000 – 2010) ialah dekad yang muram, atau dekad yang hilang, atau dekad kacau-bilau, khususnya apabila merujuk aktiviti keganasan dan krisis ekonomi semasa.

Namun, banyak peristiwa tenggelam dalam arus masa kerana manusia lazimnya mempunyai memori yang pendek. Tanpa diberitahu oleh Time, mungkin banyak orang tidak menyedari betapa pantasnya masa beredar. Jauh sekali untuk mengingati bermacam-macam-macam peristiwa yang berlaku dalam dekad pertama abad ke-21.

Menurut Richard Stengel, Editor Urusan Time, “Dalam dunia kita yang berangkai, tidak ada sesuatu yang dibiarkan berlaku begitu sahaja, tetapi tidak ada yang kelihatan dapat bertahan lama.”

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.