WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kebiadaban Penarik Kereta','/?p=1093','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Lagak mereka tidak ubah seperti kumpulan gengster! Undang-undang rimba geng penarik kereta semakin bermaharajalela. Senario ini bukan sahaja menyebabkan orang awam berasa terancam apabila gagal membayar ansuran bulanan kereta masing-masing, malah turut membahayakan nyawa ahli keluarga. Maruah dan keselamatan orang awam menjadi taruhan apabila berdepan dengan geng penarik kereta ini.

Modus operandinya pula seperti kumpulan kongsi gelap. Mereka menjalankan sesuatu misi beramai-ramai, kadangkala menjangkau 10 orang. Diherdik, dihina, dan dikasari sudah menjadi lumrah dihadapi mangsa geng penarik kereta.

Kebiadaban geng penarik kereta ini bukan baharu berlaku, malah sudah berlaku bertahun-tahun lamanya. Setiap kali kes ini dibangkitkan, banyak pihak yang mendesak supaya pihak bank lebih bertimbang rasa dalam menangani hal ini. Tidak kurang juga pihak yang meminta kerajaan menyemak semula Akta Sewa Beli 1967 demi memastikan nasib penyewa (pengguna) lebih dibela.

Akhir-akhir ini, keluh kesah orang ramai mendapat perhatian daripada wakil rakyat sehingga didebatkan di dalam Dewan Rakyat. Sejak Akta Sewa Beli 1967 dikuatkuasakan sehinggalah sekarang, beberapa pindaan telah pun dilakukan demi memastikan kerelevanan akta tersebut dengan keadaan semasa. Namun, sering kali rungutan diterima daripada pengguna yang menyatakan bahawa hak mereka ditindas oleh pihak bank apabila gagal melunaskan bayaran bulanan kereta masing-masing.

Pada 14 Julai 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tidak membenarkan institusi kewangan menarik kenderaan yang gagal membuat bayaran bulanan sekiranya pengguna melunaskan lebih daripada 75 peratus jumlah pinjaman sewa beli.

Sebelum ini, mengikut akta asal, iaitu Seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967 menyatakan bahawa sekiranya pinjaman kenderaan dibayar kurang daripada 75 peratus, pihak bank boleh menarik kenderaan terbabit. Namun jika peminjam membayar melebihi kadar 75 peratus, pihak bank perlu mendapatkan arahan daripada Mahkamah Sivil terlebih dahulu sebelum menarik kereta terbabit.

Menurut Sabri, kadar sedia ada terlalu rendah dan perlu dipinda bagi memperkemaskan lagi perundangan sekarang serta mengatasi kelemahan yang wujud agar selari dengan perkembangan semasa. Persoalannya, adakah dengan adanya penggubalan Akta Sewa Beli 1967 ini memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa isu kebiadaban geng penarik kereta tidak berulang lagi?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.