Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Banyak pihak yang tidak berpuas hati apabila seorang bapa di Kelantan yang melakukan sumbang mahram dengan anaknya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM3000 oleh Mahkamah Syariah di Kelantan. Mengapakah pesalah ini tidak dikenakan hukuman yang lebih berat seperti dikenakan hukuman sebat kerana sanggup memusnahkan masa depan anaknya sendiri?

Keadaan ini berlaku kerana mengikut Seksyen 10, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, pesalah sumbang mahram hanya boleh dikenakan hukuman denda dan penjara. Selain Kelantan, Sabah dan Sarawak juga memperuntukkan hukuman yang sama.

Ironinya, selain tiga buah negeri tersebut, semua negeri lain di Malaysia mengenakan hukuman sebat, penjara, dan denda kepada pesalah sumbang mahram. Mengapakah ada perbezaan hukuman bagi kesalahan yang sama?

Bagi kes yang melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, prosedur tuntutan nafkah dan tuntutan surat cerai juga mempunyai perbezaan bagi setiap negeri. Oleh sebab itu ada negeri yang dapat menyelesaikan kes di bawah Undang-undang Keluarga Islam ini dengan segera dan ada yang mengambil masa yang panjang. Agak menyedihkan apabila banyak ibu (isteri) yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan Surat Perakuan Cerai mahupun menuntut nafkah.

Mengapakah wujud perbezaan pelaksanaan Undang-undang Syariah di setiap negeri? Mengapakah Undang-undang Syariah ini tidak diseragamkan untuk memperkemaskan lagi pelaksanaannya dan memastikan tidak ada pihak yang mempertikaikan keadilannya?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.