WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tiga Ancaman Besar','/?p=1080','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HASSAN AHMAD

Hari ini manusia di mana-mana sahaja sedang menghadapi tiga ancaman besar. Tiga ancaman ini ialah ancaman rasisme, ancaman “model” kemajuan yang salah, dan ancaman kepemimpinan yang tidak cekap dan rasuah.

Sebenarnya, ketiga-tiga ancaman tersebut bukan baharu tetapi sudah berlaku sejak zaman primitif iaitu ketika wujudnya manusia di dunia. Namun, pada zaman moden hari ini, kelihatan ancaman zaman primitif tersebut semakin menjadi-jadi dan mendatangkan kesan yang lebih serius.

Pada zaman dahulu, manusia berperang disebabkan perasaan rasisme atau kerana perbezaan agama dan ideologi (misalnya, perang rasisme ekstrem bangsa Jerman Nazi Hitler yang mencetuskan Perang Dunia Kedua). Kemudian berlaku penubuhan negara Israel di bumi Palestin, dan seterusnya tercetus Perang Dingin antara blok Barat dengan blok Kesatuan Soviet yang menyeret banyak negara di Asia dan Afrika ke dalam kancah permusuhan.

Selepas tamat (kononnya) Perang Dingin itu, dunia masih tidak aman, malah bertambah kacau-bilau. Seluruh bekas penganut ideologi yang berbeza itu di seluruh dunia “mencipta” musuh baharu lagi, iaitu Islam – Islam yang memang mereka musuhi sejak 1400 dahulu.

Maka berlaku perang memusnahkan negara Islam, bermula di Bosnia, kemudian di Iraq, kemudian terus lagi di Afghanistan setelah tentera Kesatuan Soviet dikalahkan oleh pejuang Islam. Israel terus mengganas di Palestin. Tiada kuasa di dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sanggup atau mahu menahan keganasan itu.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Februari 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.