WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kegilaan “Kaki Nombor”','/?p=104','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Dalam Dewan Masyarakat keluaran Mei 2010, penulis membongkar isu perjudian rolet haram dalam talian yang menjadi kegilaan baharu “kaki judi” khususnya di kawasan bandar. Banyak pembaca yang memberikan pelbagai reaksi terhadap pendedahan yang dilakukan oleh penulis itu.

Ada dalam kalangan pembaca yang mendesak penulis membongkar pula kisah perjudian nombor ekor. Memandangkan penjudian nombor ekor di negara ini diberikan lesen yang sah oleh pihak berkuasa untuk beroperasi, penulis pada mulanya merasakan tidak ada perkara yang menarik yang dapat diketengahkan untuk tatapan pembaca.

Namun, setelah penulis bersembang dengan beberapa orang “kaki nombor” serta membuat penyelidikan awal, ternyata penulis tersilap. Perjudian nombor ekor ini sebenarnya bukan setakat melibatkan soal wang pertaruhan semata-mata, tetapi turut melibatkan ketaasuban yang melampaui logik akal!

Untuk rekod, perjudian nombor ekor berlesen di negara ini diterajui Syarikat Sport Toto Malaysia Sendirian Berhad yang memiliki kira-kira 680 buah premis di seluruh negara. Syarikat perjudian nombor ekor berlesen yang lain terdiri daripada Magnum Corporatian Sendirian Berhad yang memiliki 400-500 buah premis, dan Kuda 4D yang memiliki sekitar 200-300 buah premis.

___

Penulis Penolong Editor Dewan Masyarakat.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

VIDEO BERKAITAN Kegilaan “Kaki Nombor” (Pengenalan), Kegilaan “Kaki Nombor” (Bahagian 1), Kegilaan “Kaki Nombor” (Bahagian 2).

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.