Oleh: MOHD IZANI MOHD. ZAIN

Pelawaan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini kepada Amerika Syarikat untuk menubuhkan kampus cawangan universiti mereka di Malaysia menarik sekali jika diteliti.

Hasrat tersebut dinyatakan oleh Najib semasa sesi lawatannya ke negara kuasa besar dunia itu. Beliau turut memuji kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) di Amerika Syarikat dan berharap pembukaan kampus cawangan universiti mereka di Malaysia membantu memperkasakan sektor pengajian tinggi tempatan.

Najib yang juga bekas Menteri Pendidikan berpandangan bahawa Amerika Syarikat sewajarnya menjadi fokus terbaharu Malaysia dalam konteks mengantarabangsakan sektor pendidikan. Cadangan ini merupakan satu anjakan paradigma kerana selama ini Malaysia lebih memberikan fokus kepada negara seperti Britain dan Eropah.

Sehingga kini, Malaysia mempunyai lima buah kampus cawangan universiti luar Negara iaitu Monash University Malaysia, Curtin University of Technology Sarawak Campus, The University of Nottingham Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak dan Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed).

___

Penulis Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Fungsi Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.