Oleh ZULKIFLI SALLEH

Keputusan Pilihan Raya Umum Britain memang tidak memeranjatkan kerana sepanjang kempen berlangsung, Parti Buruh yang berkuasa selama 13 tahun menghadapi saingan yang sengit daripada Parti Konservatif.

Debat antara ketiga-tiga orang pemimpin, iaitu Gordon Brown daripada Parti Buruh, David Cameron daripada Parti Konservatif, dan Nick Clegg daripada Parti Demokrat Liberal, menampakkan Brown ketinggalan. Dalam debat terakhir, Brown ternyata gagal memulihkan kempen Parti Buruh yang goyang.

Dari semasa ke semasa, tinjauan pendapat menunjukkan bahawa Parti Konservatif mendahului kedua-dua lawannya. Ketika berlangsungnya pilihan raya pada 6 Mei lalu, akhbar The Guardian menyiarkan tinjauan pendapat terkini yang menunjukkan bahawa Parti Konservatif pada kedudukan yang selesa untuk merampas semula kuasa di Britain selepas 13 tahun dikuasai Parti Buruh.

Sementara tinjauan pendapat keluar (exit poll) Pilihan Raya Umum Britain oleh Sky News/BBC/ITN yang diumumkan pada hari pilihan raya berlangsung, meramalkan bahawa Parti Konservatif bakal memenangi 305 kerusi, Parti Buruh (255 kerusi), dan Parti Demokrat Liberal (61 kerusi). Keputusan ini menunjukkan bahawa Parti Konservatif kurang 21 kerusi untuk memperoleh majoriti keseluruhan di House of Commons (Parlimen Britain). Ekoran kekurangan ini, situasi “Parlimen tergantung” dijangkakan berlaku di Britain untuk kali pertama sejak 1974. Namun, jurucakap Parti Konservatif dengan pantas mengeluarkan kenyataan, “Kami boleh memerintah dengan keputusannya sebegitu.”

___

Penulis mantan Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.