Sektor hartanah di Malaysia terutamanya di bandar besar sedang menyaksikan gelembung harga hartanah kediaman tertinggi dalam tempoh sedekad. Bagaimanakah nasib golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah jika gelembung harga ini berterusan?

Share

Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman
selama lapan tahun sejak penubuhannya, UPNM semakin
berani mengorak langkah mendepani cabaran kritikal
demi menjelmakan amanah besar yang dipikul, iaitu untuk
menghasilkan Intellectual Leaders of Character yang bakal
menjadi pemimpin masa hadapan negara.

Share

Demonstrasi tidak akan memberi makan atau pakaian kepada rakyat dan demonstrasi yang berpanjangan ini hanya mencabar kesabaran rakyat.

Share

Kementerian tidak mahu seseorang calon itu memilih kerjaya guru disebabkan tiada kerja dan memilih memohon mengikuti kursus perguruan sedangkan mereka sebenarnya tidak berminat serta tidak sanggup menghadapi pelbagai cabaran.

Share

Pada usia yang muda, keperluan keluarga harus dipenuhi dan bebanan kewangan keluarga didapati mampu menggugat hubungan baik antara suami dengan isteri.

Share

Bangsa Melayu di Malaysia mempunyai segala kelebihan untuk menjadi bangsa teladan di negara ini, disegani, dihormati, dan contohi kaum lain. Namun, selagi bangsa Melayu tidak kembali kepada kekuatan asalnya iaitu Islam, budaya, dan bahasa Melayu sebagai pembentuk akal budi dan tamadun yang benar, selagi itulah bangsa Melayu akan terus dipandang hina oleh orang lain sebagai bangsa yang tidak mempunyai daya untuk maju.

Share

Sosial

Mencegah Gout

Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk mendisiplinkan diri dengan menghindarkan makanan yang kaya protein, seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras,kicap, teh, dan kopi.

Share

“Saya Tidak Takut”

Kes Nordin mengaku sebagai Imam Mahadi ini mendapat liputan meluas di
seluruh tanah air ketika itu. Nordin mendakwa bahawa dirinya Imam Mahadi kerana terdapat 40 tanda di badannya, termasuk bahagian belakangnya yang berbulu. Selain itu, dia turut mendakwa menerima bisikan suara ghaib ketika bertapa di sebuah gua di Gombak sekitar 1980-an.

Share

Mampukah MAS Terus Bertahan?

Selain itu, faktor harga tiket serta laluan juga menyumbang kepada perolehan syarikat setiap tahun. Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan penerbangan premium, MAS tidak boleh bergantung kepada diskaun semata-mata. Oleh yang demikian, pihak MAS kini sedang berusaha untuk memaksimumkan pendapatan hasil jualan tiket serta menambah lagi laluan tempatan dan antarabangsa yang mampu menawarkan keuntungan lumayan kepada syarikat.

Share

AES: Perangkap atau Disiplinkan Pemandu?

Pastinya, penggunaan AES berupaya mengurangkan kemalangan atau
mendisiplinkan pemandu tetapi perlu diteliti, terutama dari aspek undang-undang yang memastikan keberkesanannya selain tujuan asalnya untuk mendidik pemandu bukan menghukum. Ketika ini, keberkesanan AES mungkin belum teruji dan masih di peringkat permulaan. Persoalannya, adakah pelaksanaan sistem ini nanti dapat mendisiplinkan pemandu supaya lebih berhemah?

Share

Monopoli Pasaran Televisyen

Sering kali berlaku dalama pasaran monopoli, sesebuah syarikat akan berusaha untuk memikirkan strategi pengurangan kos dan pada masa yang sama memaksimumkan keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada penggunanya.

Share

Tiada Maaf untuk Hanafi

Bapa Noor Suzaily, Mukhtar Ibrahim yang ditemui wartawan selepas hukuman itu dijalankan masih bersedih dengan kehilangan anak mereka dan berkata, “Bagi saya kepuasan hanya timbul apabila saya sendiri berada di tempat hukuman dan dibenarkan menekan butang bagi melaksanakan
hukuman ke atas Hanafi.”

Share
Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Komen Terkini



Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.